Friday, April 4, 2008

Jangan Boikot Cik Belanda!

Jangan boikot Cik Belanda @ Dutch Lady, itulah yang diujarkan oleh beberapa email berantai yang saya terima termasuk juga hasil pengiklanan di dalam surat khabar. Sebelum ini dunia dikejutkan dengan sikap Belanda yang tutup sebelah mata berikut tindakan Wilders yang menerbitkan filem Fitna yang telah mencetuskan sentimen agama kepada umat islam. Namun, hari ini saya dapat berita jangan boikot Dutch Lady. Setelah membaca apa yang diperkatakan, logik juga untuk menghentikan boikot ke atas Dutch Lady (hanya Dutch Lady). Mengapa?

Ramai pembaca mungkin telah terbaca artikel saya berkenaan boikot. Dalam hari ini saya akan menarik semula nama Dutch Lady sebagai salah satu barangan wajar diboikot. Kenapa? Dutch Lady adalah sebuah syarikat yang sahamnya di Malaysia dimiliki 50% Royal Friesland Foods dan 50% lagi oleh Permodalan Nasional Berhad. Maka, jika kita boikot, PNB juga terpaksa tanggung akibatnya, saham PNB dimiliki ramai rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Jadi, bayangkan jika PNB rugi, Malaysia turut rugi.

Dutch Lady, yang juga mengeluarkan produk seperti Frisian Flag, Frisolac, Calcimex dan Joy telah memberi peluang pekerjaan kepada 660 rakyat Malaysia sebagai stok pengeluar, ini tidak termasuk ribuan yang bekerja secara tidak langsung sebagai trader, stock buyer, seller, reseller, advertiser dan sebagainya. Maka, jika syarikat PNB dan RFF tidak dapat menanggung kos pengeluaran kerana boikot, mereka terpaksa memecat ramai pekerja untuk menjimatkan kos.

Selain itu, syarikat Dutch Lady, iaitu PNB dan RFF telah membuat pengiklanan secara terbuka di dada akhbar, bukan sahaja di Malaysia, malahan berita Dutch Lady mengutuk tindakan Wilders turut memasuki Al Jazeera, CNN, Netherland's News dan sebagainya. Mereka menunjukkan mereka mengutuk secara terbuka. Ini menunjukkan mereka bersungguh membersihkan nama Dutch Lady dari di boikot.

Pengerusinya, seorang Islam, melayu berkata demikian dalam sidang akhbar, "We are part of the Malaysian community and respect all its cultures as its own. We look forward to your continued support and will always cherish the values that we share,'' chairman Kamarul Ariffin Mohamad Yassin said in the advertisement.

Jadi, apa tindakan para pembaca? Terus memboikot? Saya rasa eloklah difikirkan semula. Banyak lagi barangan Belanda boleh di boikot :) Belanda pula meminta tidak diboikot barangan mereka tetapi diadakan dialog.

Link Ke Berita Di Al-Jazeera
Link Ke Berita Di Expatica

P/s : Belanda hendak adakan dialog? Nak sentuh Geert Wilders pun x boleh, apa guna buat dialog...baik teruskan boikot.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8