Saturday, April 19, 2008

Jika Eksport, Impaknya?

(Negara export babi, makin pekat makin kerap)
Bersyukur saya kerana pada sidang berita hari ini, menteri besar Selangor menafikan sekeras-kerasnya bahawa tidak mungkin akan ada produk babi di eksport ke negara-negara seperti China. Memang benar keuntungan yang kerajaan Selangor dapat mungkin bertambah tetapi tidakan tidak mahu eksport adalah bijak. Mengapa?

Saya, selaku umat islam dan melayu, perlu mengambil pendekatan ini secara bias kerana ia bukan satu masalah bagi non-muslim. Jika berlaku eksport besar-besaran, perkara di bawah mungkin akan berlaku:
1. Seluruh barisan pakatan rakyat akan dipandang serong masyarakat melayu dan islam.
2. Banyak mengijrahan keluar (saya xmau ada benda dibayar dengan duit babi).
3. Lebih banyak ladang babi haram akan tumbuh.
4. Negara islam lain akan memandang negatif Malaysia.
5. Kewujudan Islam sebagai agama rasmi Malaysia akan dipertikaikan.
6. Kewujudan Malaysia sebagai negara islam akan dipertikaikan.
7. Mungkin barisan pakatan rakyat tiada peluang selepas ini.

Kadang-kala, bagus juga jika kita mengambil pendekatan Singapura. Import daging babi menunjukkan kita bertoleransi dan dalam masa yang sama menjaga nama negara islam. Lebih baik beli, dari bekal.

P/s : Sekadar pendapat peribadi...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8