Thursday, April 17, 2008

Kepenatan...

Hi para pembaca, hari ini saya mendapat sedikit pandangan dari para pembaca di sana yang inginkan saya sedikit santai dengan menceritakan sedikit tentang hal peribadi saya. Saya pasti jika tidak salah, ramai yang sudah melihat kulit dan isi disebalik litar internet ni terutama ahli forum Wang Cyber. Rasanya bagus juga cadangan tu :)

Ok, hari ini saya sebenarnya agak kepenatan kerana selain daripada membuat banner untuk beberapa orang, saya juga sedang mencari kaedah sesuai untuk menambahkan bilangan trafik di web blog ini. Syukur saya kerana sepanjang saya aktif di blog ini, sekurang-kurangnya saya dapat lebih kurang 50 pengunjung unik sehari dan jika dikira overall 24 jam, boleh mendapat total visitors hingga 100 sehari. Sedih juga sebab dah kurang program yang menerima Paypal. Para pembaca pasti tahu mengapa, kan?

Ada yang mengesyorkan YSM tapi mungkin belum sampai lagi ke tahap tu. Bro Ramfir ingin jadikan saya subjek e-book terbaru beliau untuk testimonial untuk menguji keberkesanannya asalkan saya serius untuk join YSM. Maaf bro, mungkin di lain hari. Hehe...melepas saya nak jadi muka utama untuk bagi testimonial untuk usahawan internet yang hebat :p

Well, alang-alang dah cerita pasal banner, saya nak kongsi kepada para pembaca contoh banner yang saya hantar ke customer untuk viewing. Biasanya saya akan hantar beberapa cadangan khas untuk memudahkan customer memilihnya setelah ikut kriteria mereka. Para pembaca nak satu, upah saya untuk banner berbagai saiz, setakat Rm20 je :) Handmade dan original.

How's your day? Hari ni ada kafe siber buka Rm1.00 sejam, memang sangat save budger :) Hmm..macam best juga taip benda yang personal.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8