Wednesday, April 16, 2008

Lindungi Data Dalam Thumb Drive

Semalam saya baru sahaja kehilangan thumb drive saya, Kingston hijau 2Gb Data Traveller. Banyak info dan data-data penting ada dalam tu, termasuk beberapa data peribadi yang agak penting juga. Saya tertinggal kat kafe siber and bila datang balik, dah lesap. Data saya sekarang milik orang lain.

Walaupun nasib saya kurang baik, sekurang-kurangnya data saya masih selamat. Saya ada simpan back up incase perkara macam ni berlaku lagi tapi bagaimana dengan data dalam thumb drive tu? Bagaimana jika datanya disalah guna orang lain? Para pembaca perlu sedar bahawa menyimpan data dalam thumb drive adalah berisiko terutama jika tiada password. Nasib baik saya sempat install software password supaya sekurang-kurangnya, data saya tidak terdedah.

Cryptainer LE, mudah digunakan, senang diselenggara. Malahan, ia percuma. Cryptainer LE akan melindungi data penting para pembaca dengan kata laluan sebelum boleh membukanya. Ini menjamin keselamatan data dan ia sesuatu yang saya sangat syorkan. Rata-rata masih ramai yang mempunyai unsecure thumb drive.

Sekarang ini memang sudah mula ada thumb drive yang disekalikan dengan password protection. Jika thumb drive pembaca menggunakannya, Crytainer LE bukan satu keperluan. Ini hanya altenatif supaya data para pembaca lebih selamat. Crytainer LE juga dilengkapi dengan Cryptainer Mobile (install software dalam thumb drive) dan Secure Cryptainer (letak password pada email attachements).

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8