Saturday, April 12, 2008

Majalah IM April Sudah Terbit!

Majalah yang ditunggu-tunggu, majalah IM April sudah pun diterbitkan. Tak dapat saya bayangkan apakah isinya kerana kulit luar sudah menonjolkan saudara Gobala Krishnan, otai Usahawan Internet, earning ribuan dollar sebulan! Topik yang agak baik berkaitan releven atau tidak penjualan e-book buat masa ini dan banyak lagi!

Saiz kali ini macam agak besar berbanding sebelumnya, mungkin kerana adanya audio menyebabkan ia menjadi begitu. Para pembaca bakal mendengar suara comel Dik Mal yang tidak putus ayatnya :P Memang berpeluang jadi DJ lah kalau macam nie. Dalam blognya sendiri mengatakan its not a script...respect!

Selain dari perkara biasa termasuk tips-tips dari yang pakar, tiada benda baru. Design sama seperti bulan lepas, mungkin mystic hendak buat trademark. Gambar hujung kanan, tulisan cacak kiri. Oh ya, lupa pula penambahan audio. Jadi, kepada dial upper seperti saya, lebih baik ke kafe siber untuk download keluaran terbaru ini!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8