Sunday, April 20, 2008

Mari Lihat Paypal Palsu!

Seperti yang kita ketahui, sekarang ini dah ada macam-macam fraud dah dan sekarang termasuk fraud untuk mengambil password akaun Paypal kita. Tengahari tadi saya dapat maklumat dari "Paypal" berkenaan cas kemasukan wang ke akaun Paypal yang berlebihan. Jadi, kononnya saya diminta untuk buat pemeriksaan.

Saya klik aje button dia untuk pergi ke webpage supaya saya dapat print screen website Paypal tipu ni. Cuba para pembaca double click pada screen shot "Paypal" di bawah dan beritahu saya, di mana cacat cela nya? Website dia memang sebijik macam Paypal original, cuma alamat dia kantoi teruk. Bukan Paypal tapi Popay...aduhai :)

P/s : Jangan tertipu ye...(Lagipun email kedua saya mana ada akaun Paypal..huhu)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8