Monday, April 14, 2008

Menangi 2 HP iPAQ 512 Setiap Minggu!

Adakah para pembaca hendak bertukar ke telefon bimbit baru? Tunggu dulu! Jangan tukar atau beli dahulu kerana para pembaca berpeluang mendapatkannya secara percuma. Ya, percuma tanpa sebarang pembelian khusus dan borang yang panjang melebar. Tidak perlu jawab soalan, slogan, teka silang kata, cari benda tersembungi dan sebagainya. Para pembaca hanya perlu bersorak!


Ya, bersorak bersemangat di pertandingan HP Cheer to Beijing. Hadiah yang boleh dimenangi sangat banyak tetapi sebenarnya saya hendak menang HP iPAQ 512 tu je. Saya kurang berminat dengan grand prize dia, trip ke China untuk menyaksikan Olimpik. Lagipun HP iPAQ 512 tersebut akan diberikan kepada dua pemenang bertuah setiap minggu! Ya, setiap minggu!

Jadi, apa yang para pembaca perlu lakukan? Layari ke portal HP dengan klik link di bawah yang akan membawa para pembaca terus ke sana, taip sorakan terbaik para pembaca (contoh ada diberikan) dan isi borang pendaftaran. Itu sahaja! Mudah! Malangnya kewujudan post ini akan mengurangkan peluang saya menang tapi tidak mengapalah, inilah tujuan kabelduit dicipta, untuk memberi maklumat terbaru dan berguna kepada para pembaca :)


P/s : Kalau saya menang tiket dan para pembaca menang HP iPAQ 512, mari kita trade :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8