Friday, April 4, 2008

Mengapa Kurang Broadband, Tapi Banyak Kafe Siber?

Hari ini saya baru mengetahui telah wujud dua buah lagi kafe siber baru di Kuala Kangsar. Sebuah bandar yang padat tetapi kecil mempunyai lebih dari 10 kafe siber, maknanya gelombang CC sudah mula bertapak di Kuala Kangsar. Dunia semakin ke arah teknologi maklumat berteraskan tidak berbumbung dan bersempadan, ini bermakna, kewujudan siber kafe memang bukan sesuatu yang memeranjatkan.


Tetapi, sedarkah para pembaca, walaupun Malaysia sudah mula mengorak ke arah dunia global yang lebih moden, sehingga banyak program dijalankan termasuk sebuah komputer setiap rumah, masih ramai lagi menggunakan teknologi dial up? Bukan sahaja di Malaysia, malahan di dunia sekalipun! Sedangkan kafe siber bercambah bak cendawan selepas hujan, ribut, taufan, tsunami dan banjir besar. Saya jamin, kita sedia maklum makin banyak siber kafe bertaraf bintang, tempat lebih selesa dan lebih stylish. Mengapa?

Adakah disebabkan harga? Saya pasti syarikat seperti TMNet telah berusaha untuk menyebarkan broadband ke seluruh Malaysia dengan pakej combo Rm60 dan sebagainya. Ini tidak dikira pertandingan dan lain-lain. Survey yang saya jalankan di kawasan perumahan saya (tetiba rajin) mendapati bil internet menggunakan dial up yang sememangnya syncronize dengan kabel telefon lebih tinggi, ada mencecah ratusan. Jadi, mengapa tidak mengubah ke Streamyx?

Jawapan terbaik yang bukan sahaja melanda Malaysia tetapi seluruh dunia ialah ibu bapa atau golongan dewasa takut akan arus kemodenan ini. Mereka takut anak-anak mereka terjebak dengan internet secara melampau. Maka, dengan hanya memilih dial up, mereka ada banyak sebab untuk mengatakan tidak kepada internet. Mungkin bil mahal, nak guna telefon, nanti orang telefon macam mana...dan sebagainya. Namun, tidak pula terlintas remaja akan pergi ke kafe siber dan lebih membawa musibah.

Ini tidak berlaku pada ibu bapa yang intelektual. Mereka berfikir jauh. Kewujudan broadband di rumah akan memastikan tindak tanduk anak mereka terkawal dan dengan software tertentu, akan wujud batasan yang wajar dan sesuai. Pokoknya, kesedaran pemikiran di kalangan ibu bapa penting, tiada buruknya internet jika digunakan dengan betul.

Sekadar pendapat peribadi...

P/s : My parents guna dial up sebab saya dan adik tinggal di asrama, mungkin itu juga satu faktor...rugi :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8