Saturday, April 5, 2008

Musim Menang Review

Saya tak tahulah adakah perkara ini sering berlaku memandangkan ia salah satu dari cara terbaik untuk mendapatkan review yang hebat tetapi bagi saya, saya sudah lihat ini sebagai musim menang review. Adakah para pembaca berfikir sedemikian juga? Saya dah lawati beberapa website dan web blog dan kesimpulan terbaik, ramai yang suka buat pertandingan review ni.

Blog.jemput ada buat pertandingan review tapi ia lebih kepada upah kerana beliau membayar USD3.00 kepada sesiapa sahaja yang buat review yang baik, Happy.com.my ada juga buat pertandingan expressing review berkaitan keseronokan. Hadiah utamanya RM5000.00 (Menyesal x lawat website Happy.com.my awal-awal) Intelligi.afiqme pun ada buat pertandingan review, menang Rm100. Saya ada join sebagai suka-suka :)

Ada juga yang mengupah orang untuk komen sahaja! Di Wangcyber.com, ada seorang usahawan internet hendak mengupah 4 orang untuk membuat 400 komen dalam masa seminggu, upahnya Rm100. Menarik bukan? Hehe...saya rasa dah habis dah peluang tu sebab once dia open thread di sana, ramai yang nak.

Ada yang menawarkan selain wang, seperti tempat pengiklanan dan barangan lain. Ini selalu berlaku di mana-mana website atau web blog yang ada sangkut paut dengan Entrecard. Apakah Entrecard? Jika para pembaca terlepas pos tentang Entrecard, sila rajin-rajinkan mouse browsing di post terdahulu :) Biasanya ditawarkam 1000 points Entrecard bersama tempat pengiklanan selama seminggu atau sebulan. Points ini boleh digunakan untuk pengiklanan di web blog atau website lain.

Ada juga yang menang barangan seperti komputer riba, kamera digital, telefon bimbit dan mp3 player. Namun begitu, kebanyakan web site atau web blog yang menawarkan hadiah sebegini ialah dari jenis-jenis bersyarikat seperti Sony, atau jenis bersyarikat internet seperti yang dilakukan oleh John Chow. TZZ Media sendiri pernah membuat pertandingan review.

Mengapa review? Review biasanya bersifat kekal, tidak kiralah samada para blogger menang atau kalah. Ia juga dilengkapi dengan link, ini menambahkan outside link dan ia baik untuk sesebuah blog atau web site. Ia juga bakal menjana pembaca baru yang melawat website yang direview. Maka, membuat pertandingan review ialah pengiklanan sepanjang hayat dengan sekali bayar :)

P/s : Saya pun bercadang nak buat pertandingan review, tunggu fulus masuk extra sikit :p

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8