Thursday, April 17, 2008

No Comment...

Para pembaca, berapa banyak software original di rumah para pembaca atau sekurang-kurangnya yang di install di komputer atau laptop para pembaca? Jika ditolak syarikat korporat, saya jamin kurang dari 10% daripada kita, terutama pengguna komputer di rumah menggunakan software original. Paling-paling kuat pun setakat Windows original sebab harganya agak murah. Jika Microsoft Office, apatah lagi software Adobe, memang payah.

Saya sendiri mengakui hanya Windows saya sahaja yang original. Yang lain cetak rompak sebab saya tidak berkemampuan untuk membeli software original Microsoft Office, apatah lagi Adobe Illustrator dan Photoshop. Namun begitu, jika para pembaca gunakan software ini untuk perniagaan rasmi, lebih baik beli yang original sebab takut kena raid nanti :)

(Anjing Pengesan CD Cetak Rompak)

Mengapa pirate berleluasa? Bagi saya, ada beberapa sebab kenapa sekuat mana kerajaan menangani cetak rompak, ia tetap ada.
1. Harga software original mahal.
2. Rata-rata rakyat Malaysia tidak berkemampuan.
3. Software pirate murah dan mudah, siap ada crack dan update lagi.

Bagaimana hendak menangani masalah ini secara terus? Jujur saya katakan ada satu jalan mudah iaitu turunkan harga produk-produk ini. Mungkin kerajaan boleh beli hak pengeluaran dari syarikat besar dan jualnya ikut pasaran semasa di Malaysia. Ala, macam cd lagu Malaysia Edition. Cara ini mungkin berkesan.

Saya sendiri mengaku, tanpa kewujudan software cetak rompak, tidak mungkin saya akan belajar Graphic designing dan sebagainya kerana ia terlampau mahal. Ia berjasa kepada saya, walaupun ia suatu jenayah. Thats why, bila orang tanya, saya akan jawab no comment.

P/s : Ini untuk software sahaja, untuk lagu, belilah produk tempatan yang original!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8