Monday, April 21, 2008

Pembatalan Misi Angkasawan Kedua

Seperti yang telah disiarkan di dalam Kosmo, Malaysia berkemungkinan besar akan membatalkan misi menghantar angkasawan kedua untuk ke ISS. Perkara ini mendapat sokongan ramai pihak termasuk angkasawan negara dan banyak badan bukan kerajaan lain seperti STS-MC.

STS-MC atau Space Tourism Society-Malaysia Chapter mencadangkan adalah lebih baik jika kerajaan mengumpul dana untuk membangunkan prototaip pesawat angkasa suborbital daripada misi penghantaran ke ISS yang lebih membebankan. Bayangkan, pembangunan prototaip hanya memakan Rm80 juta sedangkan misi penghantaran ke ISS persamaan dengan Rm100 juta. Apakah kelebihan tindakan penangguhan ini?

Pada pendapat saya, berikut adalah kelebihan penangguhan ini.
1. Memberi Mejar Dr. Faiz Khaleed lebih masa untuk bersedia.
2. Prototaip pesawat angkasa suborbital boleh digunakan banyak kali.
3. Lebih banyak kajian boleh dilakukan, perancangan dari sekarang.
4. Kos Rm20 juta boleh digunakan pada perkara lain kelak.
5. Keuntungan berpanjangan, ekonomi meningkat.

Buat masa ini, STS-MC sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan dari kerajaan, dibantu oleh badan-badan lain dan individu untuk membangunkan teknologi aeroangkasa pesawat angkasa suborbital. Pesawat ini dijangka dapat digunakan banyak kali dan boleh mencapai ketinggian 100km dari aras laut, sesuai untuk kajian graviti sifar dan mikro.

P/s : FAA (Federal Aviation Administration) akan memberikan lencana sayap angkasa pada sesiapa melepasi 80 km dari aras laut. Mungkin nanti kita berpeluang juga :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8