Sunday, April 6, 2008

Pengakuan Mengejutkan Sufiah!

Sufiah, genius matematik yang telah diterima ke Oxford University pada umur yang muda, 13 tahun, membuat pengakuan terbuka di News Of The World berkaitan kehidupan seksnya. Beliau mengakui bahawa beliau melancurkan diri bukan kerana tidak cukup wang untuk menyara pembayaran ke universiti tetapi kerana beliau gemar kehidupan sebegitu. (dah agak dah...)

Dengan bayaran 1000 pound untuk setiap sesi, beliau memberi layanan istimewa kepada pelanggan-pelanggan termasuk dengan cara menyebut persamaan matematik di telinga mereka sambil melakukan seks. Secara terbuka, beliau berkata ia amat mudah untuk mencari pekerjaan yang lebih lumayan dengan pendapatan lebih dari 60 000 pound setahun tetapi beliau melihat bidang pelacuran sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Sufiah telah membina list beberapa orang kaya sebagai pelanggan tetapnya.

Sufiah mengakui ada yang dikatakan cuba "menyelamatkannya" dari kemelut pelacuran. Beliau mengatakan ada seorang lelaki yang sanggup membayarnya lebih dari 60 000 pound setahun agar beliau berhenti menjadi pelacur dan menjadi isteri kepada jutawan muda tersebut. Beliau menolak dan berkata ingin lari dari kehidupan masyarakat stereotype dan ingin bergembira.

Dengan bangga Sufiah mengatakan dia tidak pernah mengabaikan pelajaran walaupun berkecimpung dalam kancah pelacuran. Beliau akan membawa beberapa soalan matematik untuk dijawab sementara menunggu sesi seterusnya bersama pelanggan. Beliau juga akan mengulangkaji pada waktu-waktu lekang di mana beliau berhenti seketika untuk menikmati dunia.

Apabila ditanya berkenaan hubungannya bersama ibu dan ayahnya, beliau berkata dia ada menghubungi ibunya di Malaysia tetapi tidaklah berkhabaran sehingga terperinci. Sufiah melihat hubungan beliau dengan ibu bapanya sebagai "berselirat". Beliau selesa dengan apa yang beliau lakukan dan tidak merasa kesal walau sedikit pun.

Sumber : News Of The World

P/s : Ramai yang membesar di Eropah dan tidak kecundang seperti Sufiah...

2 comments:

  1. sufiah memang dah jauh sesat.. kita just boleh mendoakan agar die kembali ke pangkal jalan.. antara umat Islam yg perlu di bantu..

    ReplyDelete
  2. Well, ada delegasi dari Malaysia dan orang melayu di overseas nak bantu dia buat terapi cara islam, tapi kena tunggu persetujuan dia.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8