Tuesday, April 1, 2008

Peperiksaan Bukan Segalanya

Saya yakin ramai diantara para pembaca kini dalam proses untuk menduduki peperiksaan penting, saya sendiri sudah menduduki peperiksaan dan sekarang menunggu masa untuk mendapatkan keputusannya. Tidak kiralah samada para pembaca bakal menduduki SPM, PMR, STPM atau peperiksaan kemasukan dan penyambungan sarjana muda etc, harus diingatkan bahawa peperiksaan bukan segalanya. Ini bukanlah bermakna para pembaca jangan berusaha tetapi sekurang-kurangnya jangan tertekan jika gagal.


Peperiksaan adalah batu pengukur yang dijalankan individu untuk mengetahui prestasi akademik, bukannya penyata masa hadapan. Sudah banyak bukti menunjukkan peperiksaan bukanlah segalanya. Kita ada Sufiah, pelajar teramat pintar yang masuk Oxford pada umur 13 tahun kini menggadai tubuh untuk mendapatkan wang, sedangkan beliau sepatutnya cukup pintar untuk mencari pekerjaan lain. Ada juga ahli-ahli politik yang pernah cemerlang di peperiksaan kini menjalani hukuman akibat memakan atau memberi suap kepada individu tertentu untuk kepentingan peribadi.

Ada juga yang cemerlang walaupun tidak habis peperiksaan. Bill Gates sendiri adalah contoh kegagalan yang berjaya dalam hidup. Apa yang penting adalah kepandaian berdikari untuk menjaga diri sendiri. Jadi, jika peperiksaan anda teruk, ingatlah bahawa it's not the end of the world. Banyak lagi cara untuk menjalani hidup dengan baik dan aman, cuma cemerlang dalam peperiksaan adalah satu cabang mudah darinya.

Apa yang penting adalah azam untuk terus berjuang dalam hidup. Jangan tertekan kerana ia akan mengganggu emosi. Tetapi jangan pula terlalu bersahaja kerana rezeki tidak datang bergolek, jika para pembaca sudah berusaha, kecemerlangan pasti di tangan anda. Jika tidak, maka ada lah hikmah di sebalik segala sesuatu.

P/s : Cerita Sufiah menjadi pengajaran kepada saya, biar anak tidak pandai, asalkan berakhlak :)

2 comments:

  1. Ni orang dah terlebih pandai dah ni.. Tapi tak tahu la camna.. Mungkin salah didikan kot.. Hidup kat barat tu biasa la

    ReplyDelete
  2. Hurm...dah terlalu banyak bukti ramai genius yang lingkup dalam kehidupan..harapnya adik putra, yang genius matematik tu x jadi macam sufiah ni.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8