Saturday, April 19, 2008

Rezeki Saya...

Petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita. Pada mulanya saya ingatkan mungkin rakan saya, atau sesiapa yang mungkin tersilap nombor. Rupanya ia dari penganjur pertandingan menulis esei dalam tulisan jawi. Saya dapat hadiah saguhati je...huhu, tak mengapalah. Rezeki.

Sekarang dah ada Rm100 tunggu untuk sampai ke peti surat. Harapnya menang top three sebab hadiah wang tunai dia beribu-ribu, tapi dapat Rm100 pun jadilah. Dengar cerita, tawaran Jom Seminar masih terbuka lagi. Hanya Rm82.00 termasuk beberapa buah e-book esklusif untuk pembeli awal.

Saya rasa macam nak melihat buat kali pertama bagaimana forum berkaitan internet marketing dan internet financial resource akan dijalankan. Sebelum ini setakat pergi function MLM, itu pun sebab member ajak, nak tarik lah kononnya. Alang-alang bosan, baik keluar pergi tengok, adalah peluang nak beramah mesra dan tengok kereta-kereta besar (hutang @ downpayment?).

Dik Mal pula dapat tawaran dari Nuffnang yang mencurah. Bila lah agaknya tawaran saya nak sampai. Kalau ikutkan rating mungkin susah nak naik sebab takut dia kira visitor/click. Ini bermakna banyak visitor kurang click, jatuh ma...dari dulu setakat 4 bintang je. Anda hendak ke Jom Seminar? Jangan lepaskan peluang! Ia bukan ada tiap-tiap tahun :)

P/s : Agaknya siapa tetamu rahsia Jom Seminar tu? Saya rasa Liew CF...huhu

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8