Sunday, April 6, 2008

Sabotaj, tolong sesiapa jawab?

Sabotaj, sekarang macam semakin popular pula penggunaan perkataan ini. Baru tadi sudah beberapa kali saya mendengar perkataan ini di corong speaker televisyen di rumah, siang dan malam. Sebenarnya, mungkin saya agak kebelakang kerana tidak membaca surat khabar beberapa hari yang lalu tetapi apa yang dimaksudkan dengan sabotaj oleh perdana menteri kita?

Mungkin salah saya kerana tidak mengikuti perkembangan semasa tetapi apakan sabotaj yang dimaksudkan? Apakah bentuk sabotaj yang dilakukan? Dari tadi saya terfikir apakah bentuk sabotaj yang boleh dilakukan oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan parti sendiri? Saya pasti ramai di kalangan pembaca lebih tahu hal ini.

Adakah ia berkaitan memburukkan calon? Menurunkan poster-poster kempen? Menghantar flyer memfitnah? Tidak bersatu? Saya keliru. Lagipun, negeri yang diberitahu berkaitan sabotaj hanyalah Kedah dan Perak sahaja yang diberitahu, Selangor dan Pulau Pinang bagaimana? Saya sangat berbesar hati jika ada yang sudi menjawab soalan saya ini.

P/s : Maaflah post ini tiada input sebab saya nak input <:)

4 comments:

  1. Kalau benar diorang sabotaj, apa punca diorang buat benda ni..

    ReplyDelete
  2. Jika berdasarkan apa yang dah diberitahu dalam sidang akhbar, ia lebih kepada rasa tidak puas hati sebab mereka tidak dicalonkan atau dengki sebab pemimpin mereka pilih tidak bertanding.

    Tapi, apa jenis sabotaj yang dibuat sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. Lagipun masih belom ada bukit.. Cuma nak tunggu sisatan bertulis.. Heran.. Tak boleh terima kekalahan diorang ni.. Cuba kalau mereka masih lagi pegang kedah dan perak..

    ReplyDelete
  4. Biasalah...arena politik. Sebab kekalahan hari tu agak teruk jugak, pihak altenatif hampir menang. BN menang tipis. At least kewujudan sabotaj dapat menenangkan ramai pihak.

    ReplyDelete

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8