Tuesday, April 15, 2008

Salesletter Unik! (Youreapoorloser)

You're a poor loser! Itulah perkataan yang web designer kepada salesletter ini akan katakan kepada para pembaca. Dari A sampai Z, dia akan panggil para pembaca a poor loser. Malahan, beliau tidak akan membenarkan para pembaca sertai affiliate beliau kerana para pembaca ialah seorang loser yang menyedihkan. Cara untuk menjadikan para pembaca bukan lagi poor loser adalah dengan membeli program laser anti-poor! Hanya USD7.00!

Memang unik dan cara ini sememangnya kontroversi. Ia menarik, menjelikkan dan juga menarik minat kita untuk membeli. Salespages ini mengandungi page format jpeg yang ditulis dan dilukis secara contengan semata-mata. Malahan, bukti kekayaan dan barangan adalah contengan juga! Siapa boleh percaya. Tetapi, semakin lama anda membaca salespages beliau, semakin berminat anda untuk membeli. Saya berani jamin.

Teknik ini telah diperkenalkan di unpoor.com yang memperkenalkan e-book di sana. Ia adalah teknik yang menggunakan kuasa marah, ingin tahu dan rasa tercabar sebagai kuasa beli. Para pembaca mungkin marah dan rasa tercabar dengan penulis sales pages ini dan end up, membeli barang beliau. Hati-hati :) Saya dah klik button pay now dan hampir membayar!

Apa-apa pun, ini adalah sales pages yang wajar untuk dilawat dan cuba elakkan untuk beli, takut tertipu. Ia menarik, dan kita dapat belajar teknik psikologi pemasaran, the hard way. Bagus juga. Sekarang ada beberapa sales malaysian mula ikut teknik yang sama dari unpoor.

-->KLIK DI SINI KE YOUREAPOORLOSER.COM<--

P/s : Kalaulah dia bebetul jual program laser anti-miskin, naya saya...huhu :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8