Tuesday, April 15, 2008

Sebab Rumah Atas Bukit?

Saya ni boleh dikira antara peminat setia radio nombor satu Malaysia, Era.fm. Seperti biasa, pagi-pagi akan dihidangkan dengan pertandingan teka teki selepas kelas yang dikendali oleh Saiful Apek sendiri beranak muridkan Nana, Kiran dan Adi (jika saya tidak salah). Lawak yang Apek buat memang original dan kalau x original pun memang lawak.

Biasanya kita akan dihidangkan dengan teka-teki yang memang tidak pernah terfikir saya. Contohnya pada hari ini, "Tempat mana xde jalan?" Rupanya "Norway!" Haha...bagus sangat. Itu masih lagi tidak dikira yang mana lagi tua, kereta atau motosikal. Sejurus selepas itu, mereka akan mencabar para pendengar untuk memberi teka-teki kepada mereka dan pemenang akan mendapat hamper.


Dalam banyak-banyak pendengar, saya kurang berpuas hati dengan teka teki pagi ini sebab bagi saya, ia bukan teka-teki, ia lebih kepada perkara berdasarkan fakta. Ia seperti soalan teka-teki, "Kenapa belon naik?" Jawapan nya sebab gas helium lebih ringan dari gas lain. Pelik, kan? Itulah yang berlaku cuma soalan dia lain sikit je. Soalan pendengar tersebut, kenapa orang tua berbasikal ke tempat kerja dan pimpin waktu pulang? Jawapannya sebab rumah dia di atas bukit!

Aduhai...next time diharap para pendengar Era.fm sedar bahawa ia sebuah teka-teki. Bukan soalan factual.

P/s : Nasib baik dia tak jawab nak mengurangkan geseran antara tanah dengan tayar :)

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8