Thursday, April 3, 2008

Software Altenatif E-book

Adakah para pembaca ingin membuat e-book? Apakah software penting untuk sesebuah e-book? Sebenarnya secara am, para pembaca hanya perlukan Microsoft Words 2007 kerana ia telah dilengkapi plug in untuk publish hasil nukilan anda dengan convert kepada PDF. Namun, bagaimana jika anda TIADA Microsoft Words 2007 yang tulen? Tentu payah, bukan?

Kini tidak lagi. Saya akan berikan kepada para pembaca dua buah software penting, selain dari Microsoft Words untuk membantu para pembaca convert hasil nukilan para pembaca kepada e-book. Malahan, para pembaca boleh set tahap security dan sebagainya! Apakah software percuma ini? Namanya Primo PDF.

Primo PDF adalah software percuma yang "print" hasil dari Microsoft Words para pembaca kepada PDF file. Malahan, ia ada feature sendiri samada para pembaca ingin membuat e-book atau apa sahaja bentuk lain sebagai contoh risalah dan sebagainya. Primo PDF memungkinkan sambungan terus atau potong-potong. Ini bermakna, para pembaca boleh menyambung satu page PDF dengan PDF yang lain menjadikannya sebuah buku.

Namun begitu, Primo PDF memerlukan Microsoft .Net Framework 2.0 yang memerlukan update Windows yang mungkin boleh membawa kepada Windows para pembaca dikesan tidak genuine. Oleh yang demikian, saya telah menyediakan installer Microsoft .Net Framework 2.0 sekali untuk memudahkan para pembaca. Satu-satunya software yang para pembaca kena cari sendiri ialah WinRar, mudah saja. Pergi ke http://www.download.com dan download software berkenaan lalu extract content package ini.

Bagaimana cara mengendalikan Primo PDF? Jika berkesempatan, saya akan terangkan esok. Buat hari ini, download dahulu pakej percuma software e-book melalui link di bawah sekarang!

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8