Wednesday, April 16, 2008

Tiada Jualan Di ebay

Berkuatkuasa 31 Mac 2008, tiada jualan di ebay, untuk apa-apa barangan yang berbentuk downloadable samada e-book atau digital produk. Produk-produk ini hanya boleh diletakkan di bahagian classified ads. Berita sebegini sememangnya memberi masalah kepada beberapa pengusaha internet yang buat duit dengan cara menjual produk downloadable di internet.

Bagaimana ini boleh berlaku? Mengikut maklumat yang saya ketahui, ini berlaku kerana terlalu banyak lambakan downloadble produk murah di ebay dan juga untuk memperkemaskan sistem ebay sendiri. Bayangkan, harga produk digital bermula dari 1 sen. Sudah tentu ia tidak menguntungkan ebay. Malahan, para pembaca kini hanya boleh meletakkan sebarang downloadable produk di bawah kategori others sahaja!

Namun begitu, para pembaca masih boleh membuat sebarang jualan di ebay dengan cara menjualnya secara fizikal. Sebagai contoh, e-book boleh dicetak menjadi buku manakala digital produk lain @ e-book sendiri boleh dimasukkan ke dalam cd. Proses ini mudah bagi golongan luar negara tetapi dalam negara, ia masih suatu masalah.

Kerajaan Malaysia mempunyai polisi yang ketat dalam menghantar cd. Malahan, tiada sebarang bentuk cd, tidak kira samada original dan sudah tentu cetak rompak dilarang hantar ke luar negara. Ini kerana tindakan kerajaan untuk mengurangkan rating Malaysia sebagai antara otai dalam fraud. Nasib baik altenatif telah dijumpai :) Kunakicart.com/software.

Kunakicart.com menyediakan perkhidmatan burn, packaging dan penghantaran dalam satu pakej. Para usahawan internet tidak perlu lagi risau untuk membuat sebarang penghantaran. Hanya satu klik sahaja diperlukan. Harganya murah dan mengikut testimoni yang diberikan, ia satu perkhidmatan yang sangat berkesan!

P/s : Kebanyakan otai ebay Powerseller guna classified ads..agaknya macam mana nak manipulasi keadaan sekarang :(

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8