Friday, April 11, 2008

Pengalaman DI Wang Cyber

Pengalaman saya mula menggunakan ruangan di Wang Cyber adalah semalam. Saya menggunakan khidmat pengiklanan buat kali pertama dan mula meletakkan thread saya setelah membayar Rm15.00. Pada mulanya, saya ingatkan mereka perlu mengambil masa untuk comfirmation selama mungkin 3-4 jam tetapi saya silap, semua proses adalah less than 15 minutes.

Berapakah nilai ruangan iklan di WC? Shuth meletakkan harganya RM9 untuk bukan sticky dan tambah Rm6 untuk menjadikannya sticky. Komen saya, jika harga ini ditambah lagi pun, masih ramai yang akan mengiklan. Mengapa? WC adalah himpunan komuniti usahawan internet bukan sahaja Malaysia tetapi luar negara yang faham bahasa melayu.

Nilai pasaran tapak sangat tinggi. Kurang dari 24 jam, sudah hampir 100 orang view thread saya dan kurang dari 12 jam, saya sudah pun ada 5 orang pelanggan yang mula menggunakan servis saya, semua dari WC. Jadi, apa nasihat saya? Bagus jika ingin mencuba nasib berniaga di Wang Cyber, ia mungkin lubuk rezeki anda.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8