Sunday, April 20, 2008

Tsunami Melanda Dunia

(Carta Kelaparan Dunia)
Tahukah para pembaca akan kejadian tsunami yang telah melanda seluruh dunia sekarang ini, melintasi benua ke benua tanpa memerlukan medium laut? Inilah tsunami terburuk yang pernah ada dalam sejarah manusia yang mampu meragut ribuan nyawa, tsunami kelaparan. Semua ini akbiat bekalan makanan dunia yang tidak mencukupi.

Bagaimana pula tidak mencukupi? Kebanyakan faktor ini berpunca dari keadaan di China yang tidak stabil dan menghadapi masalah kemarau yang hebat. China merupakan antara pembekal makanan dunia yang besar kerana makanan dieksport lebih murah berbanding negara lain di dunia. Oleh kerana itu, WFP (World Food Program) lebih menggunakan khidmat China.

Harga makanan yang meningkat telah meningkatkan kos untuk membantu penduduk dunia dari kelaparan, memerlukan 200 million lebih daripada biasa iaitu 700 million berbanding 500 million sebelum ini sehingga mereka perlu menggunakan khidmat kecemasan dengan menggunakan wang yang sepatut digunakan untuk kegunaan masa hadapan.

Seramai hampir 400 000 orang tidak akan mendapat bantuan dari badan dunia itu selama sekurang-kurangnya 2 minggu termasuk bantuan kewangan untuk pelajaran dan sebagainya. Kejatuhan dollar juga telah menyebabkan peningkatan kos. Dollar sekarang memang jatuh teruk. Di harapkan selepas ini keadaan akan lebih baik.

P/s : Berminat hendak membantu? Derma klik anda di http://hungersite.com. Hanya klik.

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8