Wednesday, April 2, 2008

Wajarkah Sufiah Dibantu?

Berdasarkan kepada berita yang disiarkan di TV3 pada hari ini, kerajaan Malaysia di bawah kementerian pengajian tinggi bekerjasama dengan pihak luar negara untuk membantu Sufiah. Saya sendiri tidak pasti apakah bantuan yang bakal disalurkan tetapi apa yang hendak diberi penekanan di sini ialah wajarkah Sufiah dibantu?

Kementerian dan kita sendiri sedia maklum bahawa Sufiah telah lari dan berhenti dari pengajian di Oxford pada tahun 2000, ini bermakna beliau bukan melacur untuk membayar yuran pengajian. Malahan, beliau berkahwin dan bercerai, berfikiran pendek untuk seorang genius. Bekas suaminya sendiri mengatakan bahawa Sufiah adalah dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Maka, apa bantuan yang mampu diberikan? Tidakkah kita berfikir mungkin beliau menjual tubuh kerana ia lebih lumayan, easy money?

Sebelum kerajaan Malaysia bermurah hati membantu Sufiah, saya cadangkan bantulah dahulu anak-anak Malaysia, terutama anak-anak melayu yang struggle untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Harap tiada siapa terlupa tentang seorang pelajar melayu perempuan, yang berjaya mendapat 12A1 tetapi tidak dapat ke universiti kerana warganegaranya belum disahkan sedangkan rayuan dibuat sejak 3 tahun lalu. Yang mana lebih penting? Jangan kera genius di hutan disusui, anak pintar di rumah mati kelaparan.

Jika benar kita hendak membantu Sufiah, jalan terbaik adalah bawanya kembali ke Malaysia. Tak guna membantu dia di negara asing kerana apa yang dilakukan mungkin terlalu sebati dengan rutin hidupnya. Sekurang-kurangnya jika dibawa ke Malaysia, beliau dapat dibantu physically dan mentally. Sambung belajar di Malaysia dan jadi seorang genius untuk kebaikan Malaysia sendiri.

P/s : Sekadar pendapat peribadi...

No comments:

Post a Comment

 
ss_blog_claim=5aad5ed1c8ceb4641cefa49c80dcccf8